Perjalanan angin ( Adli )
Satu malam, disebuah kawasan hutan pedalaman...
suasana tenang, di temani oleh cahaya bulan terang dan angin yang sepatutnya bertiup perlahan membelai tumbuhan dan pokok-pokok di kawasan itu tidak diperintahkan untuk hadir bagi menemani makhluk yang berada disitu. kedengaran bunyi serangga hutan memecah kesunyian. terdapat sebuah kawasan kira-kira seekar yang telah dibersihkan. terdapat sebuah rumah papan yang agak kecik namun beranjung, dibina satu meter dari tanah. kelihatan seekor anjing dewasa yang sedang berehat di tepi tangga.
dari luar, dapat dilihat satu cahaya pelita yang agak malap.Kedengaran satu suara yang perlahan membacakan ayat-ayat suci dengan nada yang agak sayu dan penuh rasa keinsafan, seolah-olah si pembaca itu memahami apa yang sedang dibacanya.
dari dalam, kelihatan seorang pemuda sederhana tinggi dengan bertubuh agak kecil dengan susuk badan yang kelihatan kental. rambutnya panjang melepasi bahu tidak sampai ke paras pinggang beralun dan ikal berkilat. dia telah selesai membaca al-quran dan menyambung dengan amalan berzikir yang telah menjadi amalan rutinnya setiap hari selepas solat isya'.
tidak jauh dari tempatnya, kelihatan dua ekor anak kucing serba putih dimana salah satunya mempunyai tompok kekuningan di badannya sedang bermain berkejaran kesana kemari di dalam rumah, sambil di perhatikan oleh ibunya yang berwarna putih keseluruhannya. disisi pemuda itu terdapat seekor kucing jantan muda yang sedang berehat. kucing itu mempunyai tompok pada bahagian dagunya dimana ia kelihatan seperti janggut dan ekornya sahaja yang hitam.
apabila selesai menunaikan amalan rutin dan berdoa, pemuda itu dengan perlahan bangkit lalu menanggalkan kain sarong dan melipatnya diikuti dengan sejadah dan meletakkan pada tempatnya. dia kemudian berjalan menuju kedapur dan diikuti oleh semua kucingnya yang sememangnya sudah lapar menunggu makan malam dari tuannya. dari luar, kedengaran anjingnya menyalak riang mengisyaratkan yang dia juga gembira makan malamnya sedang disediakan.
pemuda itu mengasingkan suku nasi yang telah dimasaknya petang tadi untuk dirinya dan selebihnya akan diberikan pada semua binatang peliharaannya setelah lauknya digaulkan. dia mengambil ikan rebus telah ditumbuk bersama sedikit cili api didalam bekas makanan yang telah disimpan untuk dicampurkan dengan sedikit budu. ia merupakan lauk kegemaran mereka dan lauk tersebut harus disediakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. jika tidak mahu kesemua binatangnya itu merajuk. dan tidak akan makan selama dua tiga hari.
"sabar la! aku tengah gaul ni!" kata pemuda itu pada kucingnya yang asyik mengiau sambil meleseh-lesehkan badan mereka di kaki tuannya. manakala anjingnya di luar pula, tidak berhenti-henti menyalak sambil berlari kehulu kehilir rumah kerana tidak sabar.
setelah memberikan makanan pada semua binatang peliharaannya, dia kembali kedalam rumah lalu bersiap-siap untuk ke suatu tempat. sebekas minuman panas beserta beberapa kuih yang dibelinya dikedai petang tadi turut dibawanya. dengan memakai baju-T pagoda nipis bersama seluar silat dan kain sarong yang dijadikan sampin yang menjadi pakaian basahan, dia kemudiannya menghampiri pintu depan dimana sehelai selempang dan sehalai baju melayu tergantung di belakang pintu lalu memakainya dan melilitkan selempang itu di lehernya.
terdapat bebrapa bilah parang dan golok serta beberapa senjata lain diselitkan pada tepi dinding pintu depan dan dia mengambil sebilah parang yang bersarung dan terus menuju keluar anjung rumah. melihat tuannya telah bersiap untuk ke suatu tempat, anjing betina yang menjadi temannya sejak beberapa tahun itu terus berlari menuju ke hadapan tangga rumah sambil terlompat-lompat. anjing itu berasa gembira kerana dapat keluar menemani tuannya yang dapat menghilangkan kebosanannya pada malam itu.
sementara itu, kelihatan kucing-kucing itu turut mengekori tuanya keluar rumah apabila selasai makan. kedua anak kucing itu kembali berkejaran kesana kemari manakala si ibu sedang memperkemaskan dirinya diatas bangku anjung. kedengaran bunyi benda terjatuh pada atap rumah namun tidak di pedulikan oleh pemuda itu.
" tengok-tengokkan anak kau tu, jangan bagi dia main kat dalam hutan malam-malam ni! takut kena patuk ular" kata pemuda itu pada ibu kucing yang ketika itu berhenti membersihkan badannya lalu memandang pada tuannya.
" anjing liar banyak kat luar tu " tambahnya lagi.
pemuda itu selalu berpesan begitu pada ibu kucing setiap kali dia ingin keluar malam. selalunya pada waktu begitu, pemuda itu akan meluangkan masa dalam sejam atau lebih sedikit untuk bermain dan bergurau dengan binatang peliharaannya sehingga anak kucing itu tidur.
dia kemudiannya menuruni tangga dan terus berjalan menuju ke motosikalnya sambil diikuti anjing betinanya. Bekal makanan diletakkannya di dalam bakul motosikal manakala parang diselitkan pada tepi rangka moto lalu menghidupkan motosikal.
" janggut! ko jaga rumah! tengokkan kalau sapa-sapa datang! aku balik lewat sikit malam ni" pesan pemuda itu pada kucing jantan muda yang sedang dalam keadaan bersedia untuk menerkam sesuatu yang barangkalinya cicak atau tikus hutan yang dilihatnya diatas atap rumah.
setelah membaca doa memulakan perjalanan, dia menekan gear dan terus bergerak menuju kearah kawasan hutan tebal, sambil diikuti anjingnya yang mengejarnya dari belakang.
dari suatu pandanagan yang jauh dari situ, kelihatan suatu perjalanan dari pandangan udara seperti kelajuan awan merentasi lautan dan kemudian melalui kawasan tanah kering sebelum sampai di kawasan
" wahai orang-orang yang beriman! bersedialah! dan berjaga-jagalah! sebelum menghadapi kedatangan musuh-musuh kamu dan juga musuh-musuh tuhan kamu! dan kemudian, jika dikehendaki atau bila telah tiba masanya, maralah! ( ke
sebaik sahaja makluk yang dalam perjalanan itu mendengar ayat itu selesai dibacakan keatasnya, dia segera terhenti untuk membuat pendaratan di kawasan
ketika dia ingin membuat pendaratan di kawasan tersebut, dia melihat keadaan sekeliling untuk memilih tempat yang tidak dihuni manusia kerana dia bimbang sekiranya perbuatannya itu terlihat oleh sesiapa, ia akan menimbulkan pelbagai masalah dan alan bercerita yang bukan-bukan mengenai apa uyang terlihat oleh mereka itu.
setelah mendapatkan satu kawasan yang sesuai untuk dia menjejakkan kaki ke kawasan itu, dia segera bertayammum lalu menunaikan solat sunat dua rakaat. apabila dia telah selesai solat dan membaca beberapa potongan doa yang dirasakan sesuai, lembaga itu terus bangkit lalu menyeluk kedalam poket jubahnya lalu mengeluarkan tiga biji benih lalu ditanamnya di tiga tempat yang berasingan.
untuk setiap tanaman, dia membaca doa semasa menggali tanah pasir dan pada benih itu kemudian, barulah dia menanam. setelah itu, dia menggengam tangan kanannya sambil membaca doa lalu menguatkan lagi genggamannya dan dihulurkan pada tempat benih yang telah ditanamnya. kelihatan titisan air jernih mula keluar dari genggamannya itu dan dibiarkan seketika sehingga dia merasakan tanah pasir itu basah dengan secukupnya, barulah dia berhenti mengalirkan air tersebut. dia tidak boleh berada lama di kawasan itu kerana dia harus ke beberapa tempat lain sebelum sampai ke destinasi yang telah dijanji, mengikut masa yang telah di peruntukkan padanya.
lembaga itu memandang di keadaan sekeliling untuk memastikan bahawa tiada siapa yang melaui ke kawasan itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu dengan cepat. dalam pada itu, matanya dirapatkan perlahan-lahan dan sebaik sahaja matanya tertutup, kelibatnya juga turut hilang dari pandangan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan