Isnin, 17 November 2008

melayutophia - ezra

bab 3 - Peristiwa di lorong gelap dalam suatu penglihatan yang gelap, satu suara berkata dengan nada yang garau dan keras lagi menakutkan sambil nafasnya mendengus dan menderam. celaka ! memang... kamu ni semua memang sangat celaka !!! kelihatan sepasang kaki yang berlumuran darah cuba berjalan dengan pantas menuju ke suatu tempat namun terhoyong-hayang dan lemah sambil darahnya mengalir menitis-nitis di atas jalan. " kamu sememangnya tidak layak lagi untuk hidup didunia ini... "suara itu menyambung percakapannya dengan lebih meggerunkan. di tepi kawasan pejalan kaki, di tengah-tengah bandaraya... kelihatan seorang pemuda yang cedera parah dan berlumuran darah berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang sambil diperhatikan orang ramai. Ada yang cuba membantu tetapi di tepisnya sekuat hati dan menolak mereka yang cuba membantunya kerana tidak mahu perjalanannya diganggu. dia harus ke suatu tempat untuk melaporkan suatu kejadian buruk pada seseorang yang hanya dapat membantunya dalam situasi tersebut. di sebuah lorong gelap, sepasang mata yang merah menyala disebabkan pendarahan dalam mata, terbeliak menyaksikan sesuatu yang baginya amat menakutkan dan tidak pernah dilihatnya. lebih lagi, adalah amat sukar untuk mempercayai apa yang sedang dilihat dihadapannya sekarang. mukanya menjadi pucat kebiruan kerana terdapat tangan yang sedang mencengkam kuat di lehernya yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas, dan tangan itu semakin kuat mencengkam sehingga kelihatan darah mula keluar dari mulutnya. dan kemudian orang yang mencekiknya itu mula bersuara. " apa kau pikir dengan kaum kau yang ramai tu dapat membantu kau dalam keadaan ini? alangkah malangnya..." kata-kata yang ringkas dilemparkan pada pemuda yang hampir menemui ajalnya. sementara itu, pemuda yang berlumuran darah itu tadi mula sampai di sebuah lorong di belakang deretan kedai dimana terdapat beberapa kedai makan yang sedang beroperasi. orang ramai yang berada disitu terkejut melihat pemuda itu dan segera mendapatkannya untuk memberikan bantuan kecemasan. dia berkata sesuatu pada mereka yang berada disitu dan orang tersebut segera berlari ke sebuah kedai makan di deretan kedai itu dan menemui beberapa orang di situ lalu menyampaikan pesanannya. di lorong gelap tadi, seorang remaja berusia lingkungan pertengahan dua puluhan sedang mencekik seorang pemuda yang jauh lebih tua daripadanya dan berbadan lebih besar hampir sekali ganda daripadanya. mangsa yang dicekiknya itu diangkat dan di tekankan pada dinding dibelakangnya mangsanya. di sebelah pemuda itu terdapat seorang lagi rakannya yang terbaring sambil mengerang kesakitan yang amat sangat. melihat keadaannya itu, seperti ada sesuatu yang tidak betul dengan kedudukannya. sebelah kakinnya terpeleot dalam keadaan terbalik, begitu juga pada sebelah tangannya, manakala mulutnya kelihatan renyok teruk. Remaja itu menelengkan kepalanya bertujuan untuk mempersendakan mangsanya dan kemudiannya dia tersenyum. ada sesuatu yang aneh pada remaja itu. tangan yang mencekik itu kelihatan mula menusuk ke batang leher mangsa. di sebelah tangan yang lagi satu, kelihatan seperti cahaya kemerahan mula mula menyala perlahan dan ketika itu dia melua berkatakan sesuatu pada pemuda yang dicekiknya. " aku nak tanya sesuatu pada kau..." sambil tersengih dan mengangkat sebelah tangannya sambil kelihatan cahaya itu semakin terang. pemuda itu pada mulanya kelihatan serba salah untuk menjawab pertanyaan remaja tersebut. dia hanya melihat dan kemudiannya tidak sanggup untuk mengangkat pandangan matanya. permandangan itu terlalu meyeramkan baginya. lantas, remaja tersebut segera mendesak pemuda itu menjawab pertanyaannya dengan menghentakkan badan pemudda yang tidak bermaya itu pada dinding. sebaik sahaja kepalanya terangkat akibat hentakan tersebut, dan pada ketika itu juga dia melihat taring mula keuar dari mulut remaja itu dan muka remaja itu juga turut bertukar rupa seraya berkata, " kau pernah tengok hantu?!! " dan satu hentakan yang amat kuat pada muka pemuda itu, menghilangkan pandangannya.. darah memercik pada muka bersama beberapa ketulan daging yang masih panas. pemuda yang bermuka renyok itu cuba menfokuskan pandangan matanya untuk melihat apa yang telah terjadi pada rakannya namun, dia berasakan tidak sanggup untuk melihatnya. sebelum dia mengerakkan kepalanya untuk melihat keadaan rakannya itu tadi, dia melihat sesuatu yang sukar untuk dia mempercayai. dia mengelipkan matanya seketika untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas dan menfokuskan pandangannya itu pada sesuatu yang sedang bergolek begitu rapat dengan pandangannya. untuk beberapa saat, dia melihat apakah benda tersebut. pada saat dia mula mengenal pasti objek yang bergolek itu dan ketika dia menyakinkan dalam hatinya akan jawapan itu, darahnya mula berderau bersama perasaan takut yang bersangatan. dia mendengar satu dengusan nafas yang begitu kuat dan deras menuju ke arahnya. Segalanya berlaku dengan sangat …… begitu pantas!!. " kau tengok apa sial !!!?? " kelihatan sesuatu menuju ke mukanya sepantas kilat yang juga menghilangkan pandangannya… di satu sudut, kelihatan seorang wanita yang seperti kehilangan akal sedang merenung dengan pandangan kosong pada seorang pemuda berusia sekitar awal tiga puluhan yang terbaring di atas pangkuannya yang mengalami kecederaan parah di sekitar dada dan perut. wanita tersebut juga mengalami beberapa kecederaan pada bahagian muka manakala baju kurung yang di pakainya telah koyak pada bahagian depan dan mendedahkan bahagian tersebut. seorang gadis awal belasahan tahun turut meratapi pemuda itu dimana dia juga kelihatan telah menerima keadaan yang hampir serupa dengan wanita tersebut. remaja itu tadi dengan perlahan mendekati mereka bertiga namun pergerakannya itu tidak di pedulikan oleh mereka. remaja itu tadi melihat keadaan mereka dengan perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan wajah yang sangat bengis. ketika itu dia mendengar satu suara yang sangat menjengkelkan. gadis itu menoleh perlahan kearah bunyi rengekkan itu diikuti dengan remaja itu untuk beberapa ketika. sebaik sahaja remaja itu mengalihkan semula pandangannya pada mereka bertiga, dia melihat gadis tersebut telah memakukan pandangan yang serupa padanya. satu perasaan yang amat bersalahan dalam sebarang anutan malah dilarang mempunyai perasaan yang sedemikian yang dianggap satu dosa yang besar. satu perasaan yang sudah pastinya akan melahirkan sifat kebinatangan atau lebih teruk daripada itu. ketika itu, remaja itu segera memahami apa yang dirasakan dan apa yang berada di dalam fikiran gadis itu dan dia segera mengerti apa yang harus di lakukan. di hujung sudut lorong tersebut, kelihatan dua orang pemuda yang agak sebaya dengan rakannya yang telah mati itu tadi sedang berdiri rapat antaara satu sama lain memperosokan diri mereka agar mereka tidak diendahkan oleh remaja itu tadi. seorang daripadanya berbadan kurus kering sedang membelakangi mereka menghadap rapat pada dinding sambil terketar-ketar dan tergagap-gagap merapu akan sesuatu, manakala rakannya seorang lagi rakannya kelihatan amat jauh berbeza. dia seorang yang berbadan tegap hampir satu setengah kali ganda saiz dan tinggi daripada remaja itu. dari rupa parasnya boleh dikatakan bahawa pemuda besar itu amat sesuai untuk menjadi kaki pukul atau pengawal peribadi orang kenamaan kerana rupanya yang bengis, mempunyai parut dimuka, berkepala botak serta mempunyai misai 'goatie'. Namun, pada saat itu, rupa pemuda itu tidak menggambarkan yang sepatutnya. pemuda berbadan besar itu kelihatan terngangga sambil matanya terbeliak seperti tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dalam pada yag sama juga, kelihatan seluarnya telah pun basah oleh sebab terkencing. bagaimana kesemua rakannya yang seramai lebih kurang belasan orang itu, telah menemui ajal dan waktu yang amat singkat. dia mengimbas kembali saat-saat dimana mereka semua mula-mula menyerang remaja itu serentak dan bertali arus. pada mulanya. ianya amat menyeronokkan. akan tetapi, semuanya berlaku hanya sebentar. seterusnya keadaan telah bertukar. Pemangsa kini pula yg menjadi mangsa, dia merasakan apa yang dirasakan oleh ketiga-tiga orang yang cuba di jahati mereka. malah, ketakutan mereka itu tadi adalah jauh berlebihan jika hendak dibandingkan dengan apa yang dirasakan mereka berdua sekarang. sekurang-kurangnya. mereka semua itu tadi tidak langsung berniat untuk membunuh, hanya untuk keseronokan sebentar. dan sekarang, mereka berdua sedang berhadapan dengan satu situasi pembunuhan yang amat kejam dan amat jauh dari sifat peri kemanusiaan. Dan ia masih lagi berlangsung…..kali ini…giliran mereka berdua…fikir pemuda bertubuh besar itu. dia cuba untuk memberanikan dirinya atau cuba untuk menjadi seperti remaja yang sedang menuju kearahnya itu dengan membuang segala perasaan belas kasihan, melempar jauh atau kalau boleh melupakan terus segala sifat peri kemanusiaan dan membenarkan segala sifat kebinatangan dan segala sifat kejahatan melampau yang lain. namun, dia terlebih dahulu harus mebuang satu perkara dalam dirinya iaitu ... ketakutan... dia gagal berbuat demikian...

Tiada ulasan:

Arkib Blog