Rabu, 23 Julai 2008
sirna salam....hujung masa
sedang keji mengejar dunia....
makanan bukan nasi tapi manusia...
melompat menari tua dan muda...
perempuan tua mengucap kalimah ajalnya...
tiada yg hampir menurut baginda
penggubal dosa berebut kuasa
si buta melata membuat angkara
aku berdiri....terbakar semuanya
manusia binatang semakin serupa
bukan sahaja rupa hampir seluruhnya
hasad dusta bicara biasa
tiada yg melihat merekahnya langit dunia
berdirinya aku jiwa yang sakti
diri terbakar tidak pula mati
siksaan dahsyat dan tidak henti
kerna AKU...sudah semulajadi
hari itu pastikan tiba.
hari dihina rakyat mahupun raja
siapa mereka yang membawa petaka
tenyakan mereka sewaktu berkuasa
kembalikan sirna kisah panglima
disaat bangsa lupa asalnya
menjadi aib sepanjang sejarahnya8
panglima kiri yg luar biasa
sejarah kembali pada kemuncaknya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan