luasnya alam yang tercipta
dihiasi cahaya mempersona
berlainan setiap satunya
membuat aku tertanya
segala bernyawa indah pula rupa
istimewa segala sifatnya
mengenali dan bermesra dengannya
membuat ku tertanya
segala ruang yang terpelihara
apa pula isi kandungannya
bagaimana keadaanya
apakah perasaannya?
ku tertanya
ku bertanya
pada diriku
yang sebenarnya
menjelajah ruang tanpa waktu
bila mulanya dimana hujung?
apakah mampu lihat semua?
apakah yang menghalangnya?
cinta empunya diri
menelusi yang tersembunyi
samakin pula ku harungi
seperti makin menjauhi
tidak pula aku peduli
akan ku cuba sepenuh hati
sehingga aku mendapati
diriku kau ingini
bukankah itu yang dicari
bukan yang sementara ini
bukan yang dijadikan sebegini
tidakkah kamu mahu mengerti?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan