Rabu, 30 Disember 2009

Towards an END...

If Women Aren't Greedy..And Men..were Not DickHeads... Thx To All Nice Tiitties N Juicy Pussies For Making those Dorks Thier Day.... And Thx to All Very Few Good Men...for making Hundreds Of Thousands Fine Ladies goes Astray.. Things Can't worked out between those two since it was meant to be.... Till the day Comes.. "The Day"... When "HE" Arrive.... Stick to all ur selfishness n Arrogance... it will rewards u with wealth, Joy n Fake Happiness Hold The Fiery Hellfire Of Iman in ur palm... n u wont survived in near future.... Choose ur path between left or right... the results were already known... I just walk Straight ahead... Choose "A Side" OR Choose " Aside".... Me..Just like i said...i took the job as .."Sirna... the light in the dark" Carefull for what u wish... Coz most of the time... we cant take it... See the Life with light n not with sight..... coz if we can get lost in this small world...do u have any idea how big "afterlife" was?????... so go on keep saying "whatever" since it was a word for imbecile that makes us all nowadays SAPERATED!!!! And ENSLAVED..... FOREVER!!!! -Sirna-

Isnin, 17 November 2008

melayutophia - para kekasih ujung zaman

Perjalanan angin ( Adli )

Satu malam, disebuah kawasan hutan pedalaman...

suasana tenang, di temani oleh cahaya bulan terang dan angin yang sepatutnya bertiup perlahan membelai tumbuhan dan pokok-pokok di kawasan itu tidak diperintahkan untuk hadir bagi menemani makhluk yang berada disitu. kedengaran bunyi serangga hutan memecah kesunyian. terdapat sebuah kawasan kira-kira seekar yang telah dibersihkan. terdapat sebuah rumah papan yang agak kecik namun beranjung, dibina satu meter dari tanah. kelihatan seekor anjing dewasa yang sedang berehat di tepi tangga.

dari luar, dapat dilihat satu cahaya pelita yang agak malap.Kedengaran satu suara yang perlahan membacakan ayat-ayat suci dengan nada yang agak sayu dan penuh rasa keinsafan, seolah-olah si pembaca itu memahami apa yang sedang dibacanya.

dari dalam, kelihatan seorang pemuda sederhana tinggi dengan bertubuh agak kecil dengan susuk badan yang kelihatan kental. rambutnya panjang melepasi bahu tidak sampai ke paras pinggang beralun dan ikal berkilat. dia telah selesai membaca al-quran dan menyambung dengan amalan berzikir yang telah menjadi amalan rutinnya setiap hari selepas solat isya'.

tidak jauh dari tempatnya, kelihatan dua ekor anak kucing serba putih dimana salah satunya mempunyai tompok kekuningan di badannya sedang bermain berkejaran kesana kemari di dalam rumah, sambil di perhatikan oleh ibunya yang berwarna putih keseluruhannya. disisi pemuda itu terdapat seekor kucing jantan muda yang sedang berehat. kucing itu mempunyai tompok pada bahagian dagunya dimana ia kelihatan seperti janggut dan ekornya sahaja yang hitam.

apabila selesai menunaikan amalan rutin dan berdoa, pemuda itu dengan perlahan bangkit lalu menanggalkan kain sarong dan melipatnya diikuti dengan sejadah dan meletakkan pada tempatnya. dia kemudian berjalan menuju kedapur dan diikuti oleh semua kucingnya yang sememangnya sudah lapar menunggu makan malam dari tuannya. dari luar, kedengaran anjingnya menyalak riang mengisyaratkan yang dia juga gembira makan malamnya sedang disediakan.

pemuda itu mengasingkan suku nasi yang telah dimasaknya petang tadi untuk dirinya dan selebihnya akan diberikan pada semua binatang peliharaannya setelah lauknya digaulkan. dia mengambil ikan rebus telah ditumbuk bersama sedikit cili api didalam bekas makanan yang telah disimpan untuk dicampurkan dengan sedikit budu. ia merupakan lauk kegemaran mereka dan lauk tersebut harus disediakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. jika tidak mahu kesemua binatangnya itu merajuk. dan tidak akan makan selama dua tiga hari.

"sabar la! aku tengah gaul ni!" kata pemuda itu pada kucingnya yang asyik mengiau sambil meleseh-lesehkan badan mereka di kaki tuannya. manakala anjingnya di luar pula, tidak berhenti-henti menyalak sambil berlari kehulu kehilir rumah kerana tidak sabar.

setelah memberikan makanan pada semua binatang peliharaannya, dia kembali kedalam rumah lalu bersiap-siap untuk ke suatu tempat. sebekas minuman panas beserta beberapa kuih yang dibelinya dikedai petang tadi turut dibawanya. dengan memakai baju-T pagoda nipis bersama seluar silat dan kain sarong yang dijadikan sampin yang menjadi pakaian basahan, dia kemudiannya menghampiri pintu depan dimana sehelai selempang dan sehalai baju melayu tergantung di belakang pintu lalu memakainya dan melilitkan selempang itu di lehernya.

terdapat bebrapa bilah parang dan golok serta beberapa senjata lain diselitkan pada tepi dinding pintu depan dan dia mengambil sebilah parang yang bersarung dan terus menuju keluar anjung rumah. melihat tuannya telah bersiap untuk ke suatu tempat, anjing betina yang menjadi temannya sejak beberapa tahun itu terus berlari menuju ke hadapan tangga rumah sambil terlompat-lompat. anjing itu berasa gembira kerana dapat keluar menemani tuannya yang dapat menghilangkan kebosanannya pada malam itu.

sementara itu, kelihatan kucing-kucing itu turut mengekori tuanya keluar rumah apabila selasai makan. kedua anak kucing itu kembali berkejaran kesana kemari manakala si ibu sedang memperkemaskan dirinya diatas bangku anjung. kedengaran bunyi benda terjatuh pada atap rumah namun tidak di pedulikan oleh pemuda itu.

" tengok-tengokkan anak kau tu, jangan bagi dia main kat dalam hutan malam-malam ni! takut kena patuk ular" kata pemuda itu pada ibu kucing yang ketika itu berhenti membersihkan badannya lalu memandang pada tuannya.

" anjing liar banyak kat luar tu " tambahnya lagi.

pemuda itu selalu berpesan begitu pada ibu kucing setiap kali dia ingin keluar malam. selalunya pada waktu begitu, pemuda itu akan meluangkan masa dalam sejam atau lebih sedikit untuk bermain dan bergurau dengan binatang peliharaannya sehingga anak kucing itu tidur.

dia kemudiannya menuruni tangga dan terus berjalan menuju ke motosikalnya sambil diikuti anjing betinanya. Bekal makanan diletakkannya di dalam bakul motosikal manakala parang diselitkan pada tepi rangka moto lalu menghidupkan motosikal.

" janggut! ko jaga rumah! tengokkan kalau sapa-sapa datang! aku balik lewat sikit malam ni" pesan pemuda itu pada kucing jantan muda yang sedang dalam keadaan bersedia untuk menerkam sesuatu yang barangkalinya cicak atau tikus hutan yang dilihatnya diatas atap rumah.

setelah membaca doa memulakan perjalanan, dia menekan gear dan terus bergerak menuju kearah kawasan hutan tebal, sambil diikuti anjingnya yang mengejarnya dari belakang.

dari suatu pandanagan yang jauh dari situ, kelihatan suatu perjalanan dari pandangan udara seperti kelajuan awan merentasi lautan dan kemudian melalui kawasan tanah kering sebelum sampai di kawasan padang pasir yang luas. ketika merntasi kawasan padang pasir, dia mendengar satu suara yang membisikkan di hatinya.

" wahai orang-orang yang beriman! bersedialah! dan berjaga-jagalah! sebelum menghadapi kedatangan musuh-musuh kamu dan juga musuh-musuh tuhan kamu! dan kemudian, jika dikehendaki atau bila telah tiba masanya, maralah! ( ke medan peperangan ) samada sepuak demi sepuak ataupun beramai-ramai dengan serentak! "

sebaik sahaja makluk yang dalam perjalanan itu mendengar ayat itu selesai dibacakan keatasnya, dia segera terhenti untuk membuat pendaratan di kawasan padang pasir yang sedang direntasinya. makhluk itu sebenarnya adalah seorang pemuda yang memakai pakaian melayu arab iaitu berjubah dan berserban kopiah. bertubuh agak sedikit gempal dengan ketinggian lebih kurang 5' 6" berumur sekitar pertengahan 30 an.

ketika dia ingin membuat pendaratan di kawasan tersebut, dia melihat keadaan sekeliling untuk memilih tempat yang tidak dihuni manusia kerana dia bimbang sekiranya perbuatannya itu terlihat oleh sesiapa, ia akan menimbulkan pelbagai masalah dan alan bercerita yang bukan-bukan mengenai apa uyang terlihat oleh mereka itu.

setelah mendapatkan satu kawasan yang sesuai untuk dia menjejakkan kaki ke kawasan itu, dia segera bertayammum lalu menunaikan solat sunat dua rakaat. apabila dia telah selesai solat dan membaca beberapa potongan doa yang dirasakan sesuai, lembaga itu terus bangkit lalu menyeluk kedalam poket jubahnya lalu mengeluarkan tiga biji benih lalu ditanamnya di tiga tempat yang berasingan.

untuk setiap tanaman, dia membaca doa semasa menggali tanah pasir dan pada benih itu kemudian, barulah dia menanam. setelah itu, dia menggengam tangan kanannya sambil membaca doa lalu menguatkan lagi genggamannya dan dihulurkan pada tempat benih yang telah ditanamnya. kelihatan titisan air jernih mula keluar dari genggamannya itu dan dibiarkan seketika sehingga dia merasakan tanah pasir itu basah dengan secukupnya, barulah dia berhenti mengalirkan air tersebut. dia tidak boleh berada lama di kawasan itu kerana dia harus ke beberapa tempat lain sebelum sampai ke destinasi yang telah dijanji, mengikut masa yang telah di peruntukkan padanya.

lembaga itu memandang di keadaan sekeliling untuk memastikan bahawa tiada siapa yang melaui ke kawasan itu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu dengan cepat. dalam pada itu, matanya dirapatkan perlahan-lahan dan sebaik sahaja matanya tertutup, kelibatnya juga turut hilang dari pandangan.

melayutophia - ezra

bab 3 - Peristiwa di lorong gelap dalam suatu penglihatan yang gelap, satu suara berkata dengan nada yang garau dan keras lagi menakutkan sambil nafasnya mendengus dan menderam. celaka ! memang... kamu ni semua memang sangat celaka !!! kelihatan sepasang kaki yang berlumuran darah cuba berjalan dengan pantas menuju ke suatu tempat namun terhoyong-hayang dan lemah sambil darahnya mengalir menitis-nitis di atas jalan. " kamu sememangnya tidak layak lagi untuk hidup didunia ini... "suara itu menyambung percakapannya dengan lebih meggerunkan. di tepi kawasan pejalan kaki, di tengah-tengah bandaraya... kelihatan seorang pemuda yang cedera parah dan berlumuran darah berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang sambil diperhatikan orang ramai. Ada yang cuba membantu tetapi di tepisnya sekuat hati dan menolak mereka yang cuba membantunya kerana tidak mahu perjalanannya diganggu. dia harus ke suatu tempat untuk melaporkan suatu kejadian buruk pada seseorang yang hanya dapat membantunya dalam situasi tersebut. di sebuah lorong gelap, sepasang mata yang merah menyala disebabkan pendarahan dalam mata, terbeliak menyaksikan sesuatu yang baginya amat menakutkan dan tidak pernah dilihatnya. lebih lagi, adalah amat sukar untuk mempercayai apa yang sedang dilihat dihadapannya sekarang. mukanya menjadi pucat kebiruan kerana terdapat tangan yang sedang mencengkam kuat di lehernya yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas, dan tangan itu semakin kuat mencengkam sehingga kelihatan darah mula keluar dari mulutnya. dan kemudian orang yang mencekiknya itu mula bersuara. " apa kau pikir dengan kaum kau yang ramai tu dapat membantu kau dalam keadaan ini? alangkah malangnya..." kata-kata yang ringkas dilemparkan pada pemuda yang hampir menemui ajalnya. sementara itu, pemuda yang berlumuran darah itu tadi mula sampai di sebuah lorong di belakang deretan kedai dimana terdapat beberapa kedai makan yang sedang beroperasi. orang ramai yang berada disitu terkejut melihat pemuda itu dan segera mendapatkannya untuk memberikan bantuan kecemasan. dia berkata sesuatu pada mereka yang berada disitu dan orang tersebut segera berlari ke sebuah kedai makan di deretan kedai itu dan menemui beberapa orang di situ lalu menyampaikan pesanannya. di lorong gelap tadi, seorang remaja berusia lingkungan pertengahan dua puluhan sedang mencekik seorang pemuda yang jauh lebih tua daripadanya dan berbadan lebih besar hampir sekali ganda daripadanya. mangsa yang dicekiknya itu diangkat dan di tekankan pada dinding dibelakangnya mangsanya. di sebelah pemuda itu terdapat seorang lagi rakannya yang terbaring sambil mengerang kesakitan yang amat sangat. melihat keadaannya itu, seperti ada sesuatu yang tidak betul dengan kedudukannya. sebelah kakinnya terpeleot dalam keadaan terbalik, begitu juga pada sebelah tangannya, manakala mulutnya kelihatan renyok teruk. Remaja itu menelengkan kepalanya bertujuan untuk mempersendakan mangsanya dan kemudiannya dia tersenyum. ada sesuatu yang aneh pada remaja itu. tangan yang mencekik itu kelihatan mula menusuk ke batang leher mangsa. di sebelah tangan yang lagi satu, kelihatan seperti cahaya kemerahan mula mula menyala perlahan dan ketika itu dia melua berkatakan sesuatu pada pemuda yang dicekiknya. " aku nak tanya sesuatu pada kau..." sambil tersengih dan mengangkat sebelah tangannya sambil kelihatan cahaya itu semakin terang. pemuda itu pada mulanya kelihatan serba salah untuk menjawab pertanyaan remaja tersebut. dia hanya melihat dan kemudiannya tidak sanggup untuk mengangkat pandangan matanya. permandangan itu terlalu meyeramkan baginya. lantas, remaja tersebut segera mendesak pemuda itu menjawab pertanyaannya dengan menghentakkan badan pemudda yang tidak bermaya itu pada dinding. sebaik sahaja kepalanya terangkat akibat hentakan tersebut, dan pada ketika itu juga dia melihat taring mula keuar dari mulut remaja itu dan muka remaja itu juga turut bertukar rupa seraya berkata, " kau pernah tengok hantu?!! " dan satu hentakan yang amat kuat pada muka pemuda itu, menghilangkan pandangannya.. darah memercik pada muka bersama beberapa ketulan daging yang masih panas. pemuda yang bermuka renyok itu cuba menfokuskan pandangan matanya untuk melihat apa yang telah terjadi pada rakannya namun, dia berasakan tidak sanggup untuk melihatnya. sebelum dia mengerakkan kepalanya untuk melihat keadaan rakannya itu tadi, dia melihat sesuatu yang sukar untuk dia mempercayai. dia mengelipkan matanya seketika untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas dan menfokuskan pandangannya itu pada sesuatu yang sedang bergolek begitu rapat dengan pandangannya. untuk beberapa saat, dia melihat apakah benda tersebut. pada saat dia mula mengenal pasti objek yang bergolek itu dan ketika dia menyakinkan dalam hatinya akan jawapan itu, darahnya mula berderau bersama perasaan takut yang bersangatan. dia mendengar satu dengusan nafas yang begitu kuat dan deras menuju ke arahnya. Segalanya berlaku dengan sangat …… begitu pantas!!. " kau tengok apa sial !!!?? " kelihatan sesuatu menuju ke mukanya sepantas kilat yang juga menghilangkan pandangannya… di satu sudut, kelihatan seorang wanita yang seperti kehilangan akal sedang merenung dengan pandangan kosong pada seorang pemuda berusia sekitar awal tiga puluhan yang terbaring di atas pangkuannya yang mengalami kecederaan parah di sekitar dada dan perut. wanita tersebut juga mengalami beberapa kecederaan pada bahagian muka manakala baju kurung yang di pakainya telah koyak pada bahagian depan dan mendedahkan bahagian tersebut. seorang gadis awal belasahan tahun turut meratapi pemuda itu dimana dia juga kelihatan telah menerima keadaan yang hampir serupa dengan wanita tersebut. remaja itu tadi dengan perlahan mendekati mereka bertiga namun pergerakannya itu tidak di pedulikan oleh mereka. remaja itu tadi melihat keadaan mereka dengan perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan wajah yang sangat bengis. ketika itu dia mendengar satu suara yang sangat menjengkelkan. gadis itu menoleh perlahan kearah bunyi rengekkan itu diikuti dengan remaja itu untuk beberapa ketika. sebaik sahaja remaja itu mengalihkan semula pandangannya pada mereka bertiga, dia melihat gadis tersebut telah memakukan pandangan yang serupa padanya. satu perasaan yang amat bersalahan dalam sebarang anutan malah dilarang mempunyai perasaan yang sedemikian yang dianggap satu dosa yang besar. satu perasaan yang sudah pastinya akan melahirkan sifat kebinatangan atau lebih teruk daripada itu. ketika itu, remaja itu segera memahami apa yang dirasakan dan apa yang berada di dalam fikiran gadis itu dan dia segera mengerti apa yang harus di lakukan. di hujung sudut lorong tersebut, kelihatan dua orang pemuda yang agak sebaya dengan rakannya yang telah mati itu tadi sedang berdiri rapat antaara satu sama lain memperosokan diri mereka agar mereka tidak diendahkan oleh remaja itu tadi. seorang daripadanya berbadan kurus kering sedang membelakangi mereka menghadap rapat pada dinding sambil terketar-ketar dan tergagap-gagap merapu akan sesuatu, manakala rakannya seorang lagi rakannya kelihatan amat jauh berbeza. dia seorang yang berbadan tegap hampir satu setengah kali ganda saiz dan tinggi daripada remaja itu. dari rupa parasnya boleh dikatakan bahawa pemuda besar itu amat sesuai untuk menjadi kaki pukul atau pengawal peribadi orang kenamaan kerana rupanya yang bengis, mempunyai parut dimuka, berkepala botak serta mempunyai misai 'goatie'. Namun, pada saat itu, rupa pemuda itu tidak menggambarkan yang sepatutnya. pemuda berbadan besar itu kelihatan terngangga sambil matanya terbeliak seperti tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dalam pada yag sama juga, kelihatan seluarnya telah pun basah oleh sebab terkencing. bagaimana kesemua rakannya yang seramai lebih kurang belasan orang itu, telah menemui ajal dan waktu yang amat singkat. dia mengimbas kembali saat-saat dimana mereka semua mula-mula menyerang remaja itu serentak dan bertali arus. pada mulanya. ianya amat menyeronokkan. akan tetapi, semuanya berlaku hanya sebentar. seterusnya keadaan telah bertukar. Pemangsa kini pula yg menjadi mangsa, dia merasakan apa yang dirasakan oleh ketiga-tiga orang yang cuba di jahati mereka. malah, ketakutan mereka itu tadi adalah jauh berlebihan jika hendak dibandingkan dengan apa yang dirasakan mereka berdua sekarang. sekurang-kurangnya. mereka semua itu tadi tidak langsung berniat untuk membunuh, hanya untuk keseronokan sebentar. dan sekarang, mereka berdua sedang berhadapan dengan satu situasi pembunuhan yang amat kejam dan amat jauh dari sifat peri kemanusiaan. Dan ia masih lagi berlangsung…..kali ini…giliran mereka berdua…fikir pemuda bertubuh besar itu. dia cuba untuk memberanikan dirinya atau cuba untuk menjadi seperti remaja yang sedang menuju kearahnya itu dengan membuang segala perasaan belas kasihan, melempar jauh atau kalau boleh melupakan terus segala sifat peri kemanusiaan dan membenarkan segala sifat kebinatangan dan segala sifat kejahatan melampau yang lain. namun, dia terlebih dahulu harus mebuang satu perkara dalam dirinya iaitu ... ketakutan... dia gagal berbuat demikian...

Jumaat, 7 November 2008

prolog pemerintah melayutophia

rata sekarang ni bila aku baca blog sumer yg berpikiran sebegini dan antara yang ramai itu pula bila di belek2,.. adalah golongan siswa dan professional....boleh kata...mereka ini tergolong dalam golonagan melayu baru...( melayutophia? ) heheh mungkin...tp mebi satu hari mereka akan kesitu... dan ramai diantara mereka ini, dalam penulisan mereka terdapat byk persamaan dr segi hujah ketidak puashati, rungutan, tak terkecuali cemuhan dan sumpah seranah mereka....terhadap bangsanya sendiri.... namun, semua itu terletak pada satu persoalan yg paling utama yg dapat aku simpulkan dr sudut keperihatinan pemerhatianku selama ni...eceh! sori beb aku tak pandai sgt nak berbahasa ni...( masalah bangsa gak tu kan?) ok...persoalan nya adalah....kita sebenarnya ketiadaan pemimpin yg benar2 boleh memimpin berlandaskan kepada pegangan kuat dalam agama serta ilmunya...walaupun pd hakikat sebenarnya terlalu byk masalah besar lain yg sgt berkaitan dgn punca masalah tersebut... kengkadang aku terfikir gak...adakah kita sebenarnya bersedia utk merdeka atau hanya sekadar peralihan pemerintah drp kuasa penjajah kpd muka melayu sedangkan perjajian sebenar tidak diketahui selain pada zahirnya itu nanti walau pun ia mengambil suatu tempoh tertentu ( mungkin agak lama ) hanya melaksanakan dassar atau protokol yg telah dipaksa untuk di persetujui dalam usaha untuk mencapai persetujuan dalam menuntut hak kemerdekaan...??? rasa cam teori konspirasi freemasonic lak...tp mereka tu dah pikir lama dah agenda mereka tu utk takluk dunia kepada satu pemerintahan global yg skang ni dah masuk dah dlm pertengahan agendan globalisasi.... " either u with us or againts us" kata putus yg depa dok bg kat seluruh pemimpin dan ketua negara... so, berbalik pada permasalahan yg pokok tadi dimana akar umbinya masih lagi tertanam dan belom mahu digali utk tujuan pengkajian ( memikirkan) iaitu ketiadaan pemimpin....cadangan aku ( rasa dekat sedekad lebih aku simpan spy nak tgk lama mana depa nak klentong dan selama mana org kita nak bersuara) even takder pon perbincangan macam ni dlm aper bentuk sekali pun yg aku dok cr tak jumpa...kat tv lg laaa jgn harap nak ader... demokrasi abah dia... kenapa kita pilih pemimpin yg tak bagitau kita camna dia nak memimpin??? senyap jer agenda dia....yg byk bgtau stakat ekonomi tu pun dr segi faedah, bonos dan subsidi etc yg sebenarnya hanya berupa gula2 utk budak2 spy tak lg merengek....selebihnya....citer pasal sapa yg kentut paling busuk bila dalam dewan atau bila berkempen.. jd kat sini aku nak hebahkan sikit idea aku.... kita patut sediakan kriteria dari pungutan suara rakyat terutama melayu selain mendapat sokongan penuh dr raja2 pasal dia ada askar dn boleh umum darurat...yg dapat lucutkan kuasa org politik atas alasan nak kemas tadbir negara....depa ada kuasa tu.... bg mewujudkan satu dasar utk melantik org yg macam mana yg patut dilantik sbg pemimpin berdasarkan beberapa kriteria.... dan kriteria ini atau protokol or apa istilah lain yg sama yg sepatutnya di perbincangkan.....so far tak der respond aku terima....yg nak ajak or tanya aku apa menda .... or tanaya apa pendekatan, teknik, kaedah yg patut ada yg boleh dilihat dgn telus dan jelas oleh semua orang dalam struktur pemerintahan kerajaan kita ni...??? satu lagi topik besar yg nak kita bincang.... tp biasa laa kan...org melayu...kena cakap pelik2 skit ni...yg tak masuk akal ke atau melayu ni mmg jenis tak berakal ker ....tak nak pakat...kena gelak lagi sindir sumer siap...pakej jati diri melayu...heheh.... kalu yahudi yg baca...sure aku dah kena panggil private tanya aku satu2 tgk menda ni boleh diusahakan ker tak... tp ye la...dah tentu depa dah tau menda ni....sbb depa dah buat pon...kita jer yg tak buat lg.... bangsa follow like buffalo bukan jenis bangsa yg mencipta...sapa leh sangkal dakwaan aku ni??? kan?

Khamis, 24 Julai 2008

aman

aman aman suadara berperangan impikan sehari tidur aman kita sambut dengan nyanyian mereka mati bergelimpangan kita berhibur penuh keriangan aman mereka sana sibuk mencipta kita hanya tahu mengguna harga naik korang tak suka mencuba tiada sedaya upaya ikhlas pula diperniaga itulah pengkhianat bangsa aman!? inilah masanya aman?! merubah segalanya aman ...untuk bersedia aman!! tika adanya masa! sebelum tiba bencana ku lihat darah air mata tubuh mati tapi masih bernyawa merintih derita hidup terhina kita kenyang dengan hilai tawa aman lah kita… menanti petaka…. aman ..inilah masanya aman..merubah segalanya aman.. untuk bersedia aman... tika adanya masa sebelum tiba bencana tidak kamu memikirkan? apa yang menyebabkan kecelakaan?

Rabu, 23 Julai 2008

sirna salam....hujung masa

sedang keji mengejar dunia.... makanan bukan nasi tapi manusia... melompat menari tua dan muda... perempuan tua mengucap kalimah ajalnya... tiada yg hampir menurut baginda penggubal dosa berebut kuasa si buta melata membuat angkara aku berdiri....terbakar semuanya manusia binatang semakin serupa bukan sahaja rupa hampir seluruhnya hasad dusta bicara biasa tiada yg melihat merekahnya langit dunia berdirinya aku jiwa yang sakti diri terbakar tidak pula mati siksaan dahsyat dan tidak henti kerna AKU...sudah semulajadi hari itu pastikan tiba. hari dihina rakyat mahupun raja siapa mereka yang membawa petaka tenyakan mereka sewaktu berkuasa kembalikan sirna kisah panglima disaat bangsa lupa asalnya menjadi aib sepanjang sejarahnya8 panglima kiri yg luar biasa sejarah kembali pada kemuncaknya.

panglima kiri..penantian

tidakkah kalian perhatikan lantas cuba memahami bahawa segala sifat yg dikatakan keji bagi kamu itu juga ciptaan yang maha AGUNG!! sedang kalian dalam serpanjang hidup mengatakan segala yg buruk itu datang dari diri kamu sendiri? lantas kalian masih tidak mengerti atas percakapan kalian sendiri!? sungguh kalian ini telah buta dan tuli....atau kal;ain telah di perlakukan oleh tuhan kalian atas keengkaran kalian sendiri.... maka lihatlah!! hari dimana kalian akan di perhinakan oleh musuh tuhan kalian dengan sedahsyatnya.... manakala kalaian tidak lagi mampu untuk berbuat apa....sehingga kebangkitan ku seperti sekarang yg kamu katakan kejam itu..... penyelamat buat setiap kamu.... sungguh api ammarah itu keji.....dimana tempat letaknya? melainkan hanya untuk mereka yg sifat mereka itu mendapat tempat yg selayaknya dengan sifat itu sendiri... kebangkitan hari itu begitu menjelang tiba .... ketibaan raja itu semakin terasa....bagi mereka yang meneroka dan memerhati alam jiwa.... bukan mereka yg tuli dalam mengagungkan dosa.... sedang aku.... menggengam hati .....bara neraka...

Jumaat, 11 Julai 2008

sirna salam - ianya masih belum kelihatan ( 1 )

setiap bilik gerakan ada di setiap tempat..... yg klaka nya, time election jer( cam agenda memperbangangkan rakyat) ....padahal menda tu should operating setiap masa dan sepanjang masa....sampai bila2 dan pula, jika setiap bilik gerakan tu linked dgn setiap rumah ibadat, institusi, kementerian setempat, balairaya setiap kampung, sekolah.....dan tempat penting yg ramai di kunjungi..... untuk? monitoring lah bengong!! surveilance......cctv? mesti byk blanja....tp kata kita ada satelite. tak functional? atau tak cukup staff nak manage and operate that thing? kata duit byk.....tp salur kat tempat tah apa2.... sedangkan semua kalian yg blajo tinggi ni tahu kekeuatan sesebuah negara hanya bergantung pada rakyat itu sendiri..... so,andai kata..... sume facility tu dah fully equip and funtioning properly.... 1. boleh check ketua kg di tempat msg2 apa keja yg dia buat seharian dgn ajk2 dan penduduk2nya skali adakah depa buat kerja....rumah sapa yg cam reban ayam yg nak di baiki.... sapa yg kat umah takde menda nak makan dan kenapa.... ada tak anjing babi liar menunggang moto cam sarkas....laman umah sapa yg cam hutan..... kebun yg cam utan dan terbiar..... produktiviti, securrity, coummunity,... buat ker dok kerja ketua kg tu? kalu aku tanya brape orang tukang mesin rumput ada, atau brape pekerja mahir dlm kg msg2 leh jawab?..... haram.... jadi ketua kg ni sapa yang monitor?.... tentulah wakil rakyat..... 2. wakil rakyat dok sibuk dgn projek perut sendiri....duit berjuta dlm bank....penduduk miskin harap bantuan krajaan tiap2 ari padahal tanggungjawab wakil rakyat untuk generate income kat situ, of course dgn bantuan kerajaaan negeri msg.... tp dok cite pasal punggung anwar laa...wei! tak kira sapa naik....kitorang nak tgk apa keja yg depa nak buat esk.... ini tak....sume nak tunggu laporan dan aduan setempat....baru nak buat....bukan nya nak round kawasan tengok apa yang kurang, yang terlebih termasuk yg melampau.... tak sedar diri yg wakil rakyat tu sebenarnya public steward.... mentang2 ramai penduduk kita ni masih ramai yang errmmm tak berapa dan lambat cerdik dan cerdas.... so, lengkapkan ler office msg2 supaya senang menteri nak supervise korang....online...so dapat kerahkan segala pekerjaan di setiap tempat dgn lebih cepat dan berkesan.... masalah sehari harus di selesaikan dalam sehari. yang seminggu, seminggu la... menda yg makan bulan tu biasanya development je.... ini masalah longkang depan umah pun.... tak ke bangang bila dengar...ada masalah camtu sampai berbulan nak take action? hopefully u all dpt figure out ler what i'm trying to convey kat sini....otherwise gi balik dok depan tv tgk reality show ke.... cite bodo giler "BAIK TUAN!!" ker...o byk program yg terus menerus membangangkan rakyat slama ni.... yg pelik tu....gov support tu.... cam ada yg tak kena je ....kan? 3. so, kita dah boleh monitoring varios area... using cctv, satelite + every handphone used for governing.... now what? what else important things left? setiap kawasan dah bersih sampah.... yang buang sampah or degil taknak angkut buang sampah dah kena penalty.... sume basic utility sampai pada penduduk ( did u all know that we still have more than 60% of dirty water supply? ) kata negara maju, tapi masih minum air karat, air lumput, dimana paras klorin di tahap yang membahayakan kesihatan..... pastu leh tanya apsal ramai rakyat negara ni yg masih bertaraf keldai @ baghal.... ask me what did "they" had feed us? sum,a nak pakai water filter?.... ok.... pegi siasat sapa yg own that company....u'lll be surprise... menda asas pun lom clear dah nak cakap jd negara maju? mmg b!@g$%t la kan.....boleh kata sume yg listed sbg negara maju, boleh minum tap water diorang.... and some, even have flouridization....ubat dlm ubat gigi korang tuh!! semua anjing babi liar yg merempit or yg kehulu hilir dgn sharp devious look in thier eyes dah kena anta masuk military training ( we'll talk later in detail for this topic) yg ada kelayakan untuk bekerja di semua bidang di tempat msg sudah mula bekerja....dan pelajar yg ponteng telah dimaklumkan pada keluarga msg2 dan sedang menerima public canning.... saranan saya ....samada rotan dan lempang.....ikut sukatan yg telah di...syaratkan....bukan nak lepas geram dendam.... parent yg gangster tu plak kalu datang tak puas ati....kita ada pegawai polis @ askar yg boleh tolong pegang pakcik gangster tu ramai, kemudian kita lempang kuat2, laju2 depan anak dia.... this is for education dan demi membentuk warga2 yg telah rosak, jahil, dan engkar mematuhi saranan kerajaan untuk membina sebuah tamadun yg ter bilang....but! cikgu yg melanggar peraturan....kat situ parent boleh redeem punishment... tak guna kalu kita nak cakaaaaaaaaaaaappp manjang kat budak yg masa kita nasihat dia sengih cam samseng, pastu dia buat lagi utk provoke kita.... ok.... back to discussion concussion.. apa lagi.... oh.... penempatan semula telah berjaya dijalankan secara teratur untuk semua bangsa dgn adil saksama....yang miskin dan papa telah dibela dan pastikan mereka bekerja....bukan bg saja2 masalah yg melibatkan dokumentasi, diselesaikan dgn cekap dan cepat... yg pending on the other side dan diselesaikan pada waktu yg sama dengan daily incoming reports..... ( korang can folow or not? if not.... just follow like bufallo je lah.... lama2 nanti dapat ler tu...yg cerdik tu can cont...) as we speak.... 3. so setiap adun, wakil rakyat.... being supervised online, office hour by ahli parlimen di pusat pentadbiran @ pejabat masing2 mengikut kertas kerja yg ada tersedia...yg tu depa tau le...tak boleh le aku nak bagitau.....tapi bg idea boleh leh.... tapi kalu depa tak mau terima biarla alasan yg concrete. (ni bg alasan yg aku dengar mmg klakar, xcuse yg kat tak bole dilaksanakan. padahal kita patut bersama mencari jalan untuk menjayakannya.... bukan untuk kaya pun...) .... sebab sume yg aku nak bagi takde yang not making sense.... aku pun buat research jugak....tapi kalu depa langsung tak mau dengar dan kemudian tak mau pertimbagkan serta bersetuju untuk mencari jalan untuk menjayakan sesuatu perkara demi kemahuan matlamat negara,... menda camtu yg mengundang celaka dan mala petaka.... sebab dah braper lama suara rakyat dipinggirkan? conspirasi jgn citer laaa....it's true bout that but it's bullshit to me.... coz we should talk bout how to benefit us all....equally.... yang tamak haloba, dengki tu tolak tepi dulu....unsur tu tak kan hilang der....just identify which one and then cast them adrift.... we don't need them.... ( yang ni kalu nak bincang.... under topic masalah agama k? ) tapi kata negara islam......mungkin jugak laaa....usaha tu ada....but...

Khamis, 3 Julai 2008

sirna

luasnya alam yang tercipta dihiasi cahaya mempersona berlainan setiap satunya membuat aku tertanya segala bernyawa indah pula rupa istimewa segala sifatnya mengenali dan bermesra dengannya membuat ku tertanya segala ruang yang terpelihara apa pula isi kandungannya bagaimana keadaanya apakah perasaannya? ku tertanya ku bertanya pada diriku yang sebenarnya menjelajah ruang tanpa waktu bila mulanya dimana hujung? apakah mampu lihat semua? apakah yang menghalangnya? cinta empunya diri menelusi yang tersembunyi samakin pula ku harungi seperti makin menjauhi tidak pula aku peduli akan ku cuba sepenuh hati sehingga aku mendapati diriku kau ingini bukankah itu yang dicari bukan yang sementara ini bukan yang dijadikan sebegini tidakkah kamu mahu mengerti?

panglima kiri

ia mungkin berlaku ketika begitu banyak pencakar langit mahu mencabar kerajaan langit setinggi kejahilannya.

Arkib Blog